Adi




Nama              : Ismadi bin Hamidun
Nickname       :  Bai
Asal                 :  Johor Bahru,  Johor
Kerjaya            :  Berniaga
Posisi              :  Keyboardist / Vokal


Biografi :
Bai telah memulakan perjalanan muzik nya sejak umur 12 tahun lagi. Bakat yang turun dari ayahnya dimana merupakan pemain gitar suatu ketika dahulu telah mendorong Bai untuk lebih mendalami bidang muzik. Timbul rasa minat apabila bertemu dengan rakan seperjuangannya iaitu Nawab dan Din.
Bai semakin bergiat aktif di dalam muzik apabila ajakan dari rakannya untuk menyertai pelbagai pertandingan kugiran seperti Battle of the band , Pertandingan kugiran Peringkat Johor dan lain-lain lagi. Selepas meraih banyak kemenangan , Bai dan rakannya mula membuat banyak persembahan di majlis kenduri kahwin , majlis makan malam dan hotel sekitar Johor Bahru seperti Hotel Pan Pasific dan Hotel Selesa.
Pernah mengiringi artis sekitar 90 an seperti  A.Halim, Kalthom , dan  S.Jibeng. Genre lagu yang selalu dimainkan adalah seperti irama 60 an, 70 an, 80 an, pop rock, komersial dan balada. Pengalaman dalam bidang muzik yang dibina selama 20 tahun telah membuatkan Bai lebih yakin untuk menyertai kumpulan Sutera Band. 

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | GreenGeeks Review