Seha



Nama                          : Naseeha Sakina bin Haron
Nama samaran          : Seha
Tarikh lahir                  : 8 November  1989
Tempat lahir               : Kluang, Johor.
Kerjaya                        : Pelajar
Posisi                           : Vokal Perempuan



Biografi :
Seha memulakan perjalanan dalam bidang nyanyian sejak umur 10 tahun lagi. Seha banyak meraih kemenangan dalam pelbagai pertandingan nyanyian di peringkat sekolah dan daerah Johor Bahru. Bakat dan kemenangan yang diperolehi telah membuatkan Seha mendapat banyak jemputan dan perhatian dari pihak sekolah dan juga pihak luar untuk membuat persembahan di majlis-majlis sekolah dan kenduri kahwin.
Peluang semakin terbuka luas apabila dia menyambung pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi. Banyak menjuarai  pertandingan yang dianjurkan di kampus dan kemenangan yang diperolehi telah membuatkan seha sering menjadi penyanyi jemputan di Majlis- majlis VIP, majlis makan malam fakulti dan kampus. 
Seha juga pernah membuat persembahan di Universiti - universiti seluruh Malaysia termasuk juga Sabah dan Sarawak.Pencapaian terbarunya adalah menjadi penyanyi jemputan di Majlis sambutan Aidilfitri anjuran Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi di Putrajaya bersama saudara Ahmad Fuad, Juara Kilauan Emas, Nasir Wahab dan Atilia Haron.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | GreenGeeks Review