Nawab




Nama              : Nawab bin Ahmad
Nickname        : Nawab
Asal                 : Johor Bahru, Johor.
Kerjaya            : Berniaga
Posisi               : Gitaris utama



Biografi :
Nawab anak kelahiran Johor ini , mula berminat dengan alat – alat muzik sejak umur 14 tahun lagi. Minat yang tinggi terhadap gitar telah membuatkan Nawab terus mempelajari cara – cara bermain gitar dengan lebih mendalam lagi . Ajakan dari rakan seperjuangannya iaitu Bai dan Bob telah membuatkan Nawab ingin bergiat aktif dalam band.
Apabila hobi bermain gitar menguasai diri dan telah banyak meraih kemenangan dalam Pertandingan Kugiran, Nawab juga telah banyak membuat persembahan di majlis kenduri kahwin , hotel , dan majlis makan malam sekitar negeri Johor .
Banyak menyertai Pertandingan Kugiran di peringkat daerah Johor Bahru dan peringkat negeri. Irama yang selalu dimainkan adalah irama dari zaman 50 an,60 an, 70 an,  80 an hingga kini. Lebih terdorong pada muzik berentak  rock dan komersial. Pernah mengiringi artis 60 an suatu ketika dulu iaitu Rosiah Chik dan A. Rahman Onn. Pengalaman dalam bidang muzik lebih 18 tahun serta ajakan rakannya telah mendorong minat Nawab untuk menyertai Sutera band.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | GreenGeeks Review