Apit




Nama                                      : Mohamad Fitri Bin Rosely
Asal                                         : Sentul, Kuala Lumpur
Umur                                       : 22 Tahun
Kerjaya                                   : Pembantu Am Klinik
Posisi                                      : Bassist


Apit memulakan langkahnya di dalam bidang muzik ketika sering mengikut ibunya menghadiri kenduri kahwin. Ketika itu ibunya adalah seorang penyanyi jemputan dan Apit ingin mengikut jejak langkah ibunya.
Apit mengasah bakat bermain gitar bersungguh – sungguh dan ternyata bakatnya di hargai oleh pemuzik – pemuzik lain yang ketika itu membuat persembahan di kenduri kahwin. Apit juga suka untuk mencuba muzik genre lain seperti pop asli , keroncong , komersial , balada dan pop yeh yeh. Apabila bertemu dengan Wan  , apit mula menjalani latihan muzik bersama Sutera Band dan bermulalah perjalanan seorang bassist.

Pencapaian terbaru Apit iaitu beliau telah membuat persembahan akustik di Saloma Bistro dan yang menariknya beliau dan wan telah mengiringi muzik akustik bersama artis Maya yang popular dengan lagu Matahari di era 90 an. 

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | GreenGeeks Review